Saturday, February 25, 2012

Coretan Seorang Pendamba Secebis Kasih Ilahi

Assalamualaikum, dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,




Ketika hati ini berlari, menjauhkan diri  dari realiti,

memejam mata, adakah ini mimpi? rekaan minda separa sedar,

lahir daripada hajat tak kesampaian,

permainan perasaan juga senjata syaitan,

 membuatkanku berfikir, hanyut atau tidak?

jatuh atau berdiri, di hadapan telaga kekecewaan,

frust, despair and sorrow,


sakit bukan kepalang, bagai dicucuk dengan seribu satu picagari,

jauh lebih sakit daripada sebatan si ustaz, tika bersekolah agama dahulu,

kekalahan suatu yang hakiki, walaupun kejayaan yang dihajati,

bukannya semua berlaku mengikut kehendak kita,


"I've lost the fight, but I won most of myself." 
self-quote

Mungkin kali ini aku tewas,

tewas kerana keengganan aku melepaskan apa yang aku inginkan,

terasa down disaat air mata mengalir, menatap takdir absolute Ilahi,

no one can say no to His divine judgement,



"mencintai tidak semestinya memiliki."

pepatah yang acap kali kudengar, yang sering kali diungkapkan,

melalui sound2 wave yang berlegar2 di alam fesbuk, dan juga mulut2 manusia,

ditangkap oleh telinga, diproses oleh gegendang dan dianalisa oleh otak,

benarkah begitu? tiada pilihan lain? mestikah semuanya sama tiap kali ini terjadi?

Masya-Allah.


"Ciptaan memukau Pencipta Agung hanya diketahui oleh mereka yang benar2 bersyukur."


Tak sangka betapa kitaran masa boleh memukau,

mengalahkan aku, merundum jatuh hingga sukar berdiri,

dek kerana tarikan graviti, aku akur menyembah bumi, tersembam,

 memikirkan apa yang patut aku lakukan seterusnya,

patutkah aku berdegil? patutkah aku menyerah?


"Losing yourself is far more harder to cure than losing someone"


tika itu,

terdetik satu sudut, menarik aku, agar tetap berpaksi pada-Nya,

Ya, itulah Islam, agama para Nabi,

disempurnakan oleh Nabi Muhammad S.A.W, penutup segala Nabi,

mengajar kita apa ertinya iktikad dalam hati,

untuk sentiasa mengesakan Sang Ilahi
.
"Reda itu Ikhlas, Pasrah itu Menyerah."


manusia, lumrahnya cintakan Ilahi, bergantung pada-Nya,

tidak kiralah ketika senang mahupun susah,

Dialah tempat berpaut, the one and only,

 kerana Dialah yang Maha Memperkenankan hajat.


"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah, Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (12:87)


ya Allah, sesungguhnya aku hina, muliakanlah aku,

ya Rabbi sesungguhnya aku bodoh, pandaikanlah aku,

ya Ilahi, sesungguhnya aku lalai, cekapkanlah aku,

ya Khalik, sesungguhnya aku pelupa, ingatkanlah aku,

ya Allah, sesungguhnya aku berdosa, ampunilah aku,

terimalah taubat hamba berdosa,

ku akui kelemahan diri, ku insafi kekurangan ini, ku kesali kejahilan ini. ;)

"apologizing does not necessarily means you are wrong and the other are right, but it means you are valuing your relationship than your ego."


[2:153]  alhamdulillah... :)
 
p/s: sila bangun berdiri kembali wahai diri ini... Illaliqa'. Wassalam. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...