Wednesday, March 28, 2012

Look Around You

Assalamualaikum, dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam (1:2), dan Nabi Muhammad SAW.

"For those who ask for the sign, have We not shown you enough already? Look around you, look at the stars, look at the sun, look at water. These are the signs for the people of knowledge."

Pagi tadi, saya pergi buat eksperimen di lab UM (acara setiap sem ni... hahaha.. tapi sem depan dah takde lah... insya-Allah). Setelah seharian bertapa di fakulti engineering UM, kami pun berangkat pulang ke asrama. Penat tu penat, tapi yang penting, initial report tu kena bawak balik, amanah lecturer, amanah mara, amanah ibu bapa, amanah rakyat (yela, hang tu dok blajaq, gune duit depa, sedaq la diri sket).



Selepas solat maghrib, perut pun da lapar, saya pon drive la sengsorang, jalan2 cari makan d malam hari. Yela, da kena tinggal dengan budak bertuah 3 org tu, sape lagi nak teman en? Drive sorang2 malam2? Kalo mama tahu, memang kena cekik, leter, marah, perintah berkurung nasihat... hehe, sorry ma, forever alone jap malam ni... hehe...tp saya dah mohon dengan Allah agar dijauhkan segala keburukan & malapetaka, serta redha atas apa yg terjadi. But see, I've came back safe and sound right? *tangan rapat, buat muka comel, mintak ampun* :p


Makan malam di taman dagang ternyata satu pengalaman lain drpd yang lain. Dekat dengan surau dan boleh dengar kuliah. Alhamdulillah. Tertarik dengan kuliah yg didengar, eden pun bergerak ke surau slps makan.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila engkau melewati taman-taman syurga, berlabuhlah di sana.” Ada sahabat bertanya, “Apakah taman-taman syurga itu.” Baginda menjawab, “Majlis-majlis ilmu.” (HR Thabrani)

Kuliah maghrib yg disampaikan adalah tentang bacaan al-Fatihah kita. Pernahkah kita terfikir, tepat atau tidak bacaan kita? Samakah bacaan kita dengan bacaan Rasulullah SAW? Berbezakah bacaan kita dengan bacaan Abu Bakar, Umar & Ali? Tepuk dada tanya iman. Subhanallah. :)

 

Dan yang agak mengejutkan saya tahap zordon ialah si pemberi kuliah, seorang remaja muda. Bacaannya bagus, lancar, fasih & tajwidnya betul. Alangkah bagusnya jika lebih ramai pemuda2 di malaysia ni yang berperawakan begini, jangan dok berpolitik sana politik sini, kutuq sana kutuq sini... Agak jeles bila orang2 muda sebaya kita, duduk di hadapan jemaah, memberi ilmu utk dimanfaatkan. Bukan jeles apa, cuma bayangkan, jika para jemaah mengamalkan ilmu yg kita ajarkan, bukankah manfaatnye pada kita? Masya-Allah, banyaknye pahala. :) Persoalannya, layakkah kita memberi ilmu kpd mereka? Ukur baju di badan sendiri la weh. Insya-Allah, lambat laun pun kena la didik diri juga, masakan tidak, isteri kita siapa nak pimpin? Haih, jangan la masuk bab kahwin. heheee... Waktu keluar dr surau tu ternampak pulak awek cun tgh drive kereta kancil. *alhamdulillah rezeki* :P

Dan bila balik, ade la pulak pasar malam kat tepi2 rumah ni. Bila dah lama tak rasa pasar malam ni, perasaan "curiosity kills the cat" pun muncul la. Apa? proverb takde kena mengena? Memang pun, saje je nak letak... hohoho... Ok, gelabah sikit. Back to the story, saya pun park la kereta & jalan ke pasar malam. Nak dipendekkan cerita, dalam kesesakan tak terhingga seperti dalam tin sardin, ade la seorang mak cik ni, agak rendah & berjalan ala2 model di hadapan saya. Satu langkah saya, dua langkah dia. Bukan nak kata jalan laju, tapi beragak la pun modelnye kan? orang nak cepat. Kalo ikut hati memang la nak tolak je mak cik tu, tapi sabar itu sebahagian drpd iman kan? ^^

*mak cik, boleh jalan cepat sikit* (cakap dalam hati)

“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”(13:23-24)

Then, satu masa tu, ada ruang di sebelah kanan. Seperti signboard "kenderaan berat ikut kiri" saya pun ikut kanan kerana memotong. Dengan speed yang agak tinggi saya toleh ke arah kiri, melihat mak cik itu, sarat mengandung kandungannya. Masya-Allah, betapa berdosanya saya kerana berniat jahat ketika itu. Jika saya tolak mak cik tu, nak2 jatuh tersungkur, kandungannya gugur, ibunya mati di tempat kejadian. Maunya saya hadap di hadapan Allah, menerangkan perilaku saya yang hanya mengikut nafsu itu? Astaghfirullah. Kalo isteri anda yang begitu, bagaimana? Tak nak bayangkan. Nauzubillah min zalik.


Konklusinya, bagi saya, dunia sekeliling kita ni, banyak yang boleh kita pelajari sebenarnye. Cuma terpulanglah pada kita untuk menyedarinya dan mengambil iktibar drpd apa yg terjadi. Kalau pagi bangun permulaan setiap hari, kita titipkan niat, untuk beribadah kepada Allah. Insya-Allah apa yg kita buat seharian itu berada dalam naungan Allah. Dan igt,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?" (29:2)

Setiap manusia akan diuji dengan apa yang dikatakannya. Jadi berhati-hatilah apabila berkata2 ya. :)

"Bermusafirlah, nescaya ilmu Allah itu ada di mana-mana." :)

Illaliqa. Wassalam. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...