Tuesday, January 10, 2012

Sayang ibu bapa?


Assalamualaikum,

Yo! Anda ada ibu bapa? Ha? Anda ni hasil clone eksperimen barat? Tipulah. Setahu saya clone2 pun lahir dari seorang wanita juga. Tak tahulah kalau ade mesin fotostat boleh copy seluruh badan. Haha. Ape? Mak ayah awak tekan ctrl+c dan ctrl+v lahirkan awak? Dahsyat ni. Boleh mintak no parents tak? Nak bagi hadiah nobel satu. Hehe.

Satu hakikat yang hakiki tentang asal kelahiran manusia ialah:

Muahaha, siapa yang tak tahu pebenda ni tolonglah google gene & alelle eh. Nak explain kat sini saya kena buka buku bio yang tak bersentuh berabad tu. Ok, secara kasarnya, seorang anak lahir daripada ibu dan bapa mereka. Camne? Jangan tanye, x-rated. Hehe.

Tak Payah Sayang Mak Ayah

Horey!!!! Tak payah!!! Horey (golek2 guling2 atas katil)... Serius... Pastu anda bagi tau la parents, konfem kena sedas dua. Serius.

Ibu: Penat2 ibu kandungkan kamu 8 bulan 20 hari 23 jam, camni kamu balas ye? Sampai hati kamu, sampai hati kamu! (Kalo dalam drama, time2 camni keluar la lagu p ramlee, "Anakku Sazali")

Ayah: Keluar kau dari rumah ni! Ayah tak mau tengok muka kau lagi! Penat2 ayah membesarkan kau. Ayah bagi kau main ps3, x-box, gameboy, main yoyo. Camni kau balas ye? Kau telah melukakan hati ayah! Parut ini takkan sama sekali hilang walaupon gune potion (ok, ayah die peminat pokemon kot, healing gune potion).

Hakikatnya ya rakan2..

Ramai anak2 muda zaman sekarang yang pandang enteng tentang perkara ini. Padahal ibu bapalah insan yang sepatutnya kita tumpukan perhatian dalam amalan seharian. Tanpa mereka, siapalah kita. Terdapat dua jenis tanggungjawab yang boleh dilakukan oleh anak2 kepada ibu bapa iaitu semasa mereka masih hidup dan semasa mereka sudah meninggal dunia.

Semasa hidup:
1. Menurut segala perintah mereka yang tidak melanggar syara'.
2. Menuntut ilmu.
3. Menunjukkan akhlak mulia.
4. Menjaga aib keluarga.
5. Menolong ibu bapa.
6. Bercakap dengan lemah gemalai lembut.
7. Mendoakan mereka.
8. Bagi anak suruh mak jaga.

Selepas meninggal dunia:
1. Menyelesaikan hutang mereka.
2. Berdoa kepada mereka.
3. Berbuat baik kepada sahabat mereka.
4. dan sebagainya

Mari hayati video di bawah ini, sedikit sebanyak boleh kurangkan mengarut saya ni... hohoho..

bab ferrari yang tak boleh blah tu... :)

Masya-Allah, betapa besarnya tanggungjawab ibu bapa kepada anak. Bukan sahaja ilmu dunia patut ditimba, malah ilmu akhirat juga perlu diperkasai. Meremang bulu roma saya pabila Ustaz Don ni buka bab kematian, terus saya buka buku agama sekolah rendah, nak cuba ingat balik bacaan2 dalam solat jenazah. Subhanallah, kerdilnya diri ni. :(

"Penyakit ilmu itu lupa"

Ayat2 common bila nampak budak2 baik

"anak sapa la ni? sejuk perut ibu mengandung, sejuk ayah yang menjadikan ibu mengandung."

"Eh eh, cube kome tengok anak mak cik esah tu, baik bebenor. Tak macam kome, main fesbuk je."

Sayangilah mereka.

Ibu atau bapa, kedua-duanya sangat menyayangi kita. Tak kisahlah panggil ummi abi ke, mama papa ke, yang penting panggilan itu sudah pun menunjukkan kasih sayang dan tanda hormat kita terhadap dua insan yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kita. Cuma perlu dizahirkan lagi melalui perbuatan dan tingkah laku, selain tutur kata.

"Mengapakah manusia sering bersengketa sedangkan manusia itu terhasil daripada perasaan cinta"

Persoalan yang daripada dahulu tiada jawapan. Chill la rakan2. Mari kita lihat satu lagi video pengorbanan ibu bapa. Ni boleh test tahap ke'heartless'an anda. hohoho. :)

 

Ternyata, saya yang seorang heartless ni pun mengangkat bendera putih. Jadi, saya nak tanya, sayang tak ibu bapa kita? Tepuk dada tanya iman. :)

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa." [4:36]


Post merepek. Illaliqa'. :) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...