Sunday, September 9, 2012

Lemahnya Diriku

Assalamualaikum, dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang,
Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


terdetik di hatiku, satu angan2 yang indah, dan menggembirakan,
namun, bagiku ianya satu permainan yang sangat perit, dan duka. Allahu rabbi.
T_T



“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” (al-Balad: 4)



Allah, beratnya dugaan kau berikan. Sungguh aku mengaku, aku hampir terleka. T_T
Buaian demi buaian, aku tewas, hanyut dalam permainan perasaan ini.
Aku mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Aku mengharap.


Bergenang air mataku, kerana indahnya mimpi ini, seakan2 realiti.
Hakikatnya, hanya Kau yang Maha Mengetahui.
Aku lemah, kerana membenarkan diriku lemas dalam lautan perasaan.
Mengalir air mataku, dalam solat kepada-Mu. T_T




Aku lupa, ya Allah, tika aku keseorangan, Kau hadir.
Aku lupa, tika aku dihimpit kesusahan, Kau bantuku ya Allah.
Aku menangis, tika Kau uji aku, namun Kau beri kekuatan.


Aku takut! Aku kecut!
Allah, aku takut ya Allah. Aku takut andaiku jauh daripada-Mu. T_T
Aku tidak mahu kehilangan-Mu.



"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah: 153]



Bimbinglah aku kembali ya Allah, biarlah aku tempuh jalan ini,
aku yakin Kau setia di sisiku,
Aku mengaku, hampir saja aku gagal ujian ini, ya Allah. ;(


[2:286]


Janganlah Kau beri aku sesuatu yang belum sampai waktunya ya Allah.
Aku masih mentah, immature dengan kasih sayang.
Biarlah aku tiada hati, asalkan ada ilmu peneman diri.


Maluku pada-Mu, kerana cintaku pada-Mu tidak gah, maafkan aku.
Tidak segah para sahabatku yang lain, mencontohi cinta Nabi dan sahabat2 baginda.
Aku mohon diberi kekuatan, untuk mengalahkan khayalan berupa manisan ini.
Untuk hidup, bangkit demi agama-Mu tercinta.


AKU REDHA DENGAN KETENTUAN-MU, WAHAI YA RABBI.

hebatnya kuasa redha. ;)


Moga2 tidak tersalah pilih. 
Leganya menangis dalam ibadahku. ;)

Illaliqa'. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...