Tuesday, September 11, 2012

Alhamdulillah. Kembali kuat. :)

Assalamualaikum, dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang,
Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, dan junjungan buat Nabi Muhammad S.A.W.

Abdullah bin Mas'ud berkata, "Empat perkara yang menggelapkan hati atau melembapkan otak: perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf atas dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan."

Allah, aku masih teringat lagi dosa2 yang lalu, dosa yang dilakukan secara sengaja atau tidak, tersentuh tika melihat kata2 ini. Malu, pahit, segan, dengan kurniaan-Mu ya Allah. Begitu banyak ingkaran aku, namun Kau tetap beri nikmat kepada hamba-Mu yang kerdil ini.


Aku kira, Kau murka, dengan perbuatanku. Kau datangkan ujian, Kau turunkan kesedihan, Kau campakkan kehibaan. Namun semuanya demi menarik aku kembali, kembali ke jalan-Mu yang benar. Sungguh, aku tersedak, teringat kata2 punjangga,

"Jalan keimanan itu penuh dengan duri, jalan kesesatan itu penuh dengan nikmat dan syahwat."

Kau datangkan pelbagai medium untuk menegurku. Betapa sayangnya-Kau terhadap diriku yang kerdil ini. Betapa kau mahu aku tidak lari daripada agama-Mu. Aku tersentuh, dengan kasih-Mu, walaupun aku menjerumus ke lembah kehinaan.


Kadang2 aku sedar, kadang2 tidak. Hatiku kata mahu. Imanku kata tidak. Rasionalitiku berbelah bagi. Namun, alhamdulillah. Kau datangkan seseorang untuk menerangkan aku, apa erti semua ini. Hikmahnya hebat, tiada sempadan. Iaitu mengingati Kau, yakni nikmat yang tidak terhingga.

"Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. :)"


Sekarang, aku azam untuk bangkit, bangun daripada tidur yang lena. Cukuplah buaian, dodoian dan permainan mimpi yang melazatkan, kerana aku mahu pisahkan, apa itu realiti apa itu khayalan. Insya-Allah semoga dorongan yang ada, akan dibalas dengan kebaikan. Alhamdulillah. :)



Keberkatan & Kemanisan perjuangan hanya untuk mereka yang mampu
bermujahadah dalam kepayahan, berkorban dalam tangisan,
serta rela imannya diuji dalam keperitan

bukan perjuangan namanya tanpa kesulitan,
tetapi dalam kesulitan tercalit ketenangan.



"Ujian, makin lama makin sukar. Hanya mereka yang hebat sahaja yang berjaya meredah perit, getir sesebuah dugaan. Kerana yang ke syurga itu bukan biasa2 hebatnya, tapi superduper osem hebatnya. :)"


Syukran atas segala pertolongan al.
Illaliqa'. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...