Friday, June 1, 2012

Dedikasi Perkenalan 2 Tahun Bersamamu TDPUK5th

Assalamualaikum, dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang,
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Aku masih ingat lagi, kereta aku naiki, meluncur laju, melepasi pondok guard, melepasi pintu gerbang "Kolej Mara Kuala Nerang"
Ianya seakan2 berlaku semalam, ketika aku pertama kali tiba di Kedah, tempat yang kurang maju, jika mahu dibandingkan dengan tempat aku,
Jantungku berdegup kencang, saat pertama kali menjejakkan kaki ke dewan besar itu, memakai baju kemeja putih, seluar hitam, membawa fail2 dan borang2 surat tawaran,
Tekad mendaftar setelah puas membuat keputusan, setelah kecewa dengan tawaran dalam negeri, haus dengan harapan2 yang tidak dikotakan,
Diri ini sanggup mengambil risiko di negeri orang, meninggalkan kampung halaman demi dahagakan ilmu,
kerana aku tahu, setiap kejayaan itu mesti ada pengorbanan, dan menuntut ilmu itu juga satu bentuk jihad. :)




Aku melihat bakal rakan2ku, ada yang menangis, ada yang gembira, penuh dengan berbagai2 mimik masing2,
Aku genggam erat tangan ibu bapaku, ku kucup pipi mereka, terdengar kalimah2 mereka " belajar rajin2 tau",
Kereta mereka pergi, air mataku bagai meminta izin ingin keluar, aku cepat2 kesat, takot2 ade member yang nampak,
Yelah, 6 bulan puas di kota sendiri, kini di rantau orang, sape tak berat hati kan? tapi aku gagahkan jua,
Aku mula berkenalan, dengan orang2 hebat, dari merata tempat, ada dari pantai timur, ada dari selatan, ada dari sbp, mrsm, smka dan smk,
Dalam diam, aku tanamkan azam, aku ingin berjaya, aku ingin bangkit, aku pemegang amanah, amanah ibu bapa mesti aku tunaikan,
kerana aku tahu, amanah itu lebih berat daripada alam ini dan seluruh isinya.




Aku masih ingat, kami selalu bersama2, lepak sama2 main game sama, sebab bilangan kami kecil, kalau nak dibandingkan dengan seluruh penduduk konerang tu,
oh ye, kami pernah masuk sukan antara program, buat team futsal, rugby, volleyball, semuanya hebat2 belaka, macam pemain international dah,
kami dapatkan mata demi mata, kami sematkan dalam diri, kerjasama itu penting, bukan hanya kemenangan, kami strive together towards victory,
walaupon kalah, penat bermandi peluh, tapi kami tetap happy, kami tetap cool,
sebab kami tahu, ikatan kami bertambah erat, ukhuwah antara rakan2 yang kami bina bagaikan kubu tidak ditembus,
kerana kami tahu, "seorang mukmin terhadap mukmin (lain), bagaikan satu bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain" (Bukhari dan Muslim)




Masih segar lagi di ingatanku, kami berjalan bersama2 ke masjid, rutin wajib solat jumaat,
pakai baju melayu, bersamping, takot kena marah dengan cikgu hanafi, 
takot kena hambat balik asrama tukar baju,
sebelum sampai kami singgah cendol dulu, sedapnye yang amat,
kadang2 pergi ke pekan, nak cari oblong, nak cari pisang goreng, wah, terliur la pulak, haha,
teringat juga pasal science fair kita, masing2 bertungkus-lumus perah idea,
dengan kreativiti masing2, setiap group produce booth cantik gile kot,
dahla depan2 pintu masuk dewan, tutup habis booth student lain,
bila menang, dapat hamper makanan, kami kongsi, melantak sama2,
sebab itulah, apa yang Allah firmankan "Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (ar-Rahman)




Aku tak lupa, time kelas dulu, banyak insiden menarik,
terutamanya kelas komputer, memang terbaeklah,
dah nama kelas komputer, belajar programming lah, tahap gradient ketiduran persaat tu memang outstandingly increase macam gunung everest,
tapi ade beberapa ketika, ayat2 nasihat seperti "marry among yourself", "fakoff" terpancul keluar,
buat kami segar bugar, terjaga dari lena yang asyik, mata memandang tepat ke arah guru kami,
"biar betul madam ni?" kami fikir, memang dahsyatlah kelas haritu, belajar nilai2 kemanusiaan,
tapi kami tak kisah, kami respect guru kami, sebab kami tahu guru itu ibarat lilin, yang membakar diri demi menerangi jalan orang lain.




Masih ingat tak kita, selalu main game sama2, PES 2010 mesti wajib ade dalam laptop masing2, pastu beli controller dua tiga pasang, nak buktikan sape hebat, sape noob,
ade orang tu siap nak buat tournament lagi, sampai sekarang takde habuk ape, sembang je lebih noh,
ade juga yang sanggup pergi blok akademik, kol 2-3 pagi, pandai avoid pak guard,
sebab nak tengok live streaming bola punya pasal, tengok nyorok2, tapi sengalnya, bila gol jerit tak ingat dunia,
selalunya kami suka gurau2, kutuk sesama sendiri, buli2 manja,
kadang2 ade yang makan dalam, bila orang serius, dia main2, macam nak makan pelempang je kan?
tapi kami saling memaafi, sebab Rasulullah kan suka pada orang yang memaafkan bila mempunyai kekuatan,
teringat lagi aku, bila abis sem, semua peluk2 dan salam2 sebab dah nak balik dah, ade yang nangis2 tu, macam la orang lain tak nampak, tapi takpe, sebab aku pun sebak gak time tu, hehe,
sebab aku tahu, kami semua sayang rakan2 kami, sebab kami ingat,
Rasulullah berpesan "tidak sempurna iman seseorang itu, selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (Bukhari dan Muslim)




Yang paling masyuk, time graduation, semua orang happy bajet dah graduate dah, padahal final exam belum lagi, happy dulu baru torture,
buat kat hotel holiday villa, makanan sangat sedap, alhamdulillah, berbaloi2,
semua rakan2 pakai macam nak kahwin, padahal belanja makan pun parents dan mara tanggung lagi,
tapi seriously, semua hensem2 cantik2, agak2 boleh masuk calon isteri tak? haha,
ramai kameraman kat situ, aku tak nak tangkap gambar, sebab aku nak jaga ikhtilat laki perempuan, takut2 jadi lebih2, nanti mengundang kemurkaan Allah,
aku ni bukan alim sangat, tapi batas2 agama itu perlu, aku cuma harap rakan2 aku faham,
biarlah pada pandangan mereka, aku tak hensem, tak suka tangkap gambar, lagipun takde sapa nak tangkap gambar dengan aku kan? :)
kerana aku tahu, biar aku macho di langit Ilahi, biar malaikat terkejar2 mendengar namaku drpd setakat hensem di bumi ini,
dan aku tahu, mujahadah itu pahit, syurga itu manis. :D




Tersemat dalam ingatanku, ketika daftar di kampus masing2, BMI, IPROM, MICET,
tiga tempat berlainan, dek kerana sistem unikl dan mara,
Bagai benua lain planet, kami berpisah demi mengejar masa hadapan,
walaupun ada yang tak dapat apa yang diminta, kami redha, kami pasrah, dengan ketentuan Ilahi,
Kami gagahkan juga, asah semangat juang, demi kejayaan, demi harapan ibu bapa, agama dan negara,
kerana kami yakin dengan kalimah2 cinta Sang Pencipta dalam al-Quran,
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (2:286)
dan kami tahu, perancangan Allah itu lebih teratur, kerana Dialah yang Maha Perancang.




Walaupon tempat dan masa memisahkan kami, kami tetap cari peluang untuk bersama,
Jauh dari melaka datang ke kuala lumpur, dari gombak ke ampang,
Selalu datang Iprom, macam transit tengah2 bandar, untungla kan? tapi Iprom bukannya ade ape pun sangat, seketul bangunan je pun haa, haha
Kalau dulu ada antara kami yang selalu tengok KLCC drpd gambar je, sekarang tempat tu da macam rumah kedua dah, asyik2 singgah je, padahal tak beli apa pun, sebab duit tak ada,
Kadang2 ada member yang sanggup belanja, apa mimpi kali ni, apa hantu dah rasuk die entah,
Tapi alhamdulillah, rezeki jangan ditolak kan? terima kasih ye yang belanja burger king tu... :)




Selalunya kawan2 aku ni pergi main futsal, nak menang liga katanya, tiap2 weekend turun TTDI nak main futsal,
Dorang selalu menang, kalah jarang sekali, hebat betul, ke team lain noob gile? hahaks,
Aku kagum sangat2 dengan kehebatan kawan2 aku ni, masing2 ade kelebihan tersendiri,
walaupon kadang2 dorang tak ajak aku g melepak, malam2 aku makan sorang2, aku study sorang2, tengok movie sorang2,
Tapi aku tak kesah, berlapang dada itu salah satu adab bersaudara, aku terima mereka seadanya,
Serious aku bangga ada kawan2 macam anda2 semua ni, bukan senang nak dapat tau,
few in million, nnti kita masuk syurga sama2 eh, friends forever until jannah, marilah jadi orang yang mengasihi antara satu sama lain kerana Allah...




Appreciation Nite 2012 melakar sejarah titik pengakhiran kami,
secara official kami tamat program Transfer Degree Program di kampus masing2,
Pelbagai perasaan bercampur baur, gembira, sedih, puas, sebak,
Kami gather untuk julung2 kalinya,
ada yang buat persembahan, ada yang makan, makanan banyak sangat2, sampai tak habis,
Malam itu, aku melihat kepuasan dalam diri masing2, keteguhan persahabatan kami selama dua tahun ini,
Penuh suka dan duka, pahit manis, baik dan buruk, kami terima kekuatan dan kelemahan masing2,
Seperti adik-beradik, 21 orang ini aku doakan agar sentiasa gembira dan berjaya dalam bidang yang diceburi,
moga diberi kekuatan otromen supaya dapat membolosi tembok2 penghalang raksasa gorgon,
kerana aku yakin 21 orang bertuah ini, akan membuka sayap masing2,
terbang megah di bumi Allah, mendaulatkan Islam tercinta.



uk's girls


uk's boys



O my humble friends, thank you for your guidance in these 2 years, our sweet bitter memories will always be embedded in my small heart. thanks for everything. May Allah bless each of your soul... :)




jom kasih mengasihi... heheee... :)



Illaliqa'. Wassalam.
p/s: aku takleh sambung lagi, rasa nak nangis je. ;)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...