Wednesday, July 25, 2012

Travelog: Holy Makkah

Assalamualaikum, dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang,
Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, dan Salawah buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Bermulanya dari Madinah, aku siap2 pakai kain ihram, naik ke bas dan menuju ke tempat miqat umrah. Masjid Bir Ali, persinggahan sementara kami, dengan menaiki bas sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah yang jaraknye lebih kurang 490km. Masjid ni besar, serius boleh sesat. Dan cantik. Masya-Allah. :)

Dengan masa perjalanan selama 7 jam lebih, bermacam2 dugaan yg berlaku. Bas rosak, dan berada dlm 13 larangan ihram sangat2 menguji kesabaran. Sepanjang perjalanan, amalan yg menyejukkan hati adalah talbiah. Sepanjang perjalanan aku melihat padang pasir arab yg kosong, panas. Allah, rindunya pada Madinah, rindunya pada Rasulullah. ;(

Sampai di Makkah lebih kurang pukul 9.30 malam. Bayangkan, penat badan tak hilang, dugaan datang lagi. Bilik hotel kami yg sepatutnya berada di Haneen Firdaus (300m dari Baitullah) telah ditukar di Taibah (400m dari Baitullah). Yes, package yg disediakan oleh Tabung Haji melibatkan jarak hotel. Kalo hotel yg lagi dekat macam Movenpick Makkah (bawah Tower Clock tak silap), lebih mahal. Obviously. Masya-Allah, dugaan berat, betapa banyaknye istighfar diucapkan malam itu.

Siap meletak bag, rombongan kami diketuai oleh wutawif bergerak menuju ke Baitullah utk mengerjakan tawaf dan saie. Alhamdulillah, mutawif kami seorg indonesian dan baik. Ok ni nak ckp la, tak semestinya orang yg tak sama kenegaraan itu buruk perangainya. Aku pernah jumpa indonesian di asrama Iprom, lebih mesra drpd orang malaysia itu sendiri. Dan di Makkah, mutawif indonesia ini, sanggup bersama kami utk ibadah umrah, bagi kami tips2 dalam rumah Allah dan briefing secara detail. Mutawif drpd Malaysia? Depa masuk bilik, tido dulu baru buat umrah. Membiarkan anak2 rombongan mereka terkapai2 dalam beribadah. Boleh nilai la macam mana tabiat orang Malaysia, tak semuanya bagus. Harap je nama ustaz, tapi masya-Allah. Haha, marah pulak. :/

Kami habis tawaf dan saie pukul 2.15 pagi. Masya-Allah, penat sangat. Seriously, orang tawaf dan saie lepas pukul 11 ni ramai sangat. Pack habis. Penat kami. Pulang ke bilik dan alhamdulillah, bilik kami ditukar ke Haneen Firdaus semula, kerana pembayarannye berbeza. Bukan sebab duit, tapi hak dan amanah itu lebih berat drpd alam ini, dan mereka yg akan dipertanggungjawabkan.

ramaikan, masya-Allah.

Bagi perempuan, kalau yang tak pernah solat jumaat, kat Makkah ni perkara biasa. So, ni boleh jadi pengalaman la dengar khutbah dalam bahasa arab. Tapi umat yg solat jumaat ni masya-Allah ramai yg luar biasa. So, kena cepat la nanti tiada tempat.

Untuk lawatan, i just put some photos. enjoy :)

 jabal nur
 my mom at jabal rahmah. she is gorgeous kan?
padang mina. banyaknye khemah.
ladang unta

kalau lawatan ni, akan berakhir dekat salah satu masjid miqat di luar makkah, so sape2 yg nak buat umrah sunat tu, boleh la bawak siap2 kain ihram tu. Ada sekali time tawaf sunat tu, aku buat kat tingkat dua. Masya-Allah, penatnye yang amat, dikatakan satu pusingan di atas, menyamai 3 pusingan di bawah. Mak aih, sejam setengah berjalan, penat eden. Bibir basah dengan kalimah2 suci mengesakan si Dia. ;)

 nilah clock tower. di bawahnye ade berbagai2 hotel, dan ade yg hotel 25000 riyal semalam. aduh, kering poket.
 ni kubah di tingkat 3 Baitullah. this is women restricted area.
yang ni hotel lagi satu dalam package tabung haji, murah skit dr movenpick Makkah. tp still mahal.

Bagi sesiapa yg nak shopping dekat Makkah ni, korg bleh berbahasa melayu. Tapi guna yg mudah2 la. Jangan nak berbunga2 sangat, pak arab tu mother tongue die bukan bm, tapi arab. Pernah sekali, aku pergi burger king, "Nak Chicken Royale satu, set medium." lek je aku cakap bm, sbb customer sebelum ni orang Malaysia juga, so, aku follow juga. Oh ye, berdasarkan perbualan dgn orang Malaysia tu, package dari Andalusia boleh tahan murah, tapi flight naik Saudi Air la, bukan Mas. So, bagi sape2 yg nak datang sni, make comparison, pastikan puas hati. :)

Kat Makkah ni banyak makanan unik2. Ade nasi mandy, yang sedulang boleh makan 4,5 orang, untuk badan orang arab la. Ade kambing & ayam. Sedap, tapi banyak sangat dan membazir. So, kalo ade sape2 yg nk bli nasi ni, pastikan korg skip 1 meal sebelum tu, bagi lapar baik punya. Pastu makan la 5 orang satu dulang. Makanan feveret aku kat sini adalah ais krim. Ade banyak tempat jual ais krim, semuanya sedap. Slurp2. Puasa2! haha.

nampak je sikit, tapi 5 orang malaysia pun tak habis tau. seriously.

First time aku kat depan Kaabah, aku rase nak menangis. Air mata da menjenguk2 nak keluar. Allah, susahnye nak sampai ke sini, menjadi tetamu rumah-Nya. Aku lihat pintu multazam, makam ibrahim, hijr ismail, rasa sayu, gembira dan terharu. Alhamdulillah, hajat aku tercapai jua. Even now, aku termimpi2 kaabah, betapa rindunya aku pada rumah-Mu ya Allah. Ada seorang kenalan, namanya abang Shah, dari Penang, kerja sbg tukang masak kat Clock Tower tu (gaji dia menjangkau 10000 even for a cook), first time bawak aku solat depan2 kaabah, ajak aku pegang kain kaabah. Waktu dia ajak tu, waktu asar, panas gile beb. Aku cam "serious ke ni? bapak panas. masya-Allah" tapi bile sujud, sumpah sejuk. Abang Shah belanja kitorg makan tengah hari. Sedap alhamdulillah. Igtkan tak jumpa da lauk-pauk Malaysia kat sini. Asyik2 makan lauk arab je. Hehehe.

Menurut abang Shah, perempuan2 kat sini tak boleh kerja. Kalo kerja pun paling tinggi pun cikgu je. Dahlah tak kerja, dapat elaun 2500 sebulan. Best kan? Kalo nak jadi warganegara Arab Saudi, kena menetap at least 99 tahun. Alamatnya susah la. Haha. Kalo nak kata sekolah, boleh kira dengan jari je kat Makkah ni. Kat Makkah ni banyak pengemis, ade juga banyak pencuri, terdesak punya pasal. Hati2 barang2 anda. Kat sini, hudud dilaksanakan. Ok, kalau kat Malaysia, orang yg masukkan duit ke ATM machine kat mall tu, bawak senapang, sampai 3 orang gitu. Kalo kat sini, seorg je, tu pun tak bawak senapang, bawak tasbih. Lain kan? Tengoklah betapa undang2 Allah buat manusia takut. Ok, pencuri tu lain ceritanya.



yang ni gambar2 hotel kat sepanjang Abdul Jalil road. Jalan ni memang sibuk dan sentiasa ramai orang. Tak berhenti orang ulang alik ke Baitullah. Dalam 4,5 tahun lagi, dah tade da hotel2 murah ni. Sebab, akan dirobohkan, dan akan digantikan dengan hotel baru untuk menampung kebanjiran tetamu2 Allah, dan shopping complex underground. By that time, mungkin harga bilik akan melonjak naik. Wallahua'lam. Harap2 tak.

Masjidil haram ni, sangat2 la besar. Struktur bangunan yang osem, dan terbaek. Kat mana2 pun boleh dapat air zam2. Oh ye, orang2 kat Makkah ni ade access air zam2 kat rumah dorg. Kalo kita kat Malaysia, air zam2 ni precious sgt, utk minum je, orang2 arab ni buat mandi, ambil wuduk, dan mungkin basuh pinggan mangkuk. Rasa sayang sangat kan? Alah, air zam2 ni kan takkan putus, mukjizat dtg daripada Allah. Subhanallah!

 budak perempuan isi air zam2 dalam botol.


Waktu nak balik rumah, terasa sangat2 sedih. Buat tawaf wida' pun sambil bergenang air mata. Solat sunat tawaf pun nk sujud lama2. Rasa nak sangat tinggal kat tanah suci. Tapi apakan daya, perpisahan itu satu yang pasti. Insya-Allah kita akan berjumpa lagi Kaabah. Selepas solat sunat tu, korg kena cepat2 keluar dari Makkah, ada pantang larangnye dan ade damnya. Tawaf wida' ni wajib bg siapa yg nk bermusafir ke luar dari Makkah. Pulang ke KL, menaiki flight di Jeddah. Alhamdulillah, semoga umrah diterima-Nya. Insya-Allah.

"Aku pergi ke Paris, aku lihat Islam tanpa Muslim, aku pergi ke Kaherah, aku lihat Muslim tanpa Islam." Sheikh Muhammad Abduh.

sampai di sini sahaja la kot. banyak pengalaman yang diperolehi daripada journey kali ini. Insya-Allah bermanfaat. :)

p/s: gadis2 arab cantik2 semuanya, susah nak jaga pandangan. ohoi. -,-"

Illaliqa'. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...