Wednesday, March 12, 2014

Buat Si A

Assalamualaikum, dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kepada A,

Sesungguhnya apa yang saya sampaikan ini sudah lama terbuku di hati ini, dan saya harap anda membacanya dengan hati sentiasa berdoa kepada Allah.

A,

Jika saya katakan anda tidak cantik, maka saya telah menipu diri anda, dan juga seluruh dunia. Kerana andalah wanita paling cantik & tinggi budi pekerti pernah saya temui. Dan jika saya katakan saya tiada perasaan kepada anda walau secebis zarah, maka saya telah menipu diri sendiri, anda dan juga seluruh cakerawala. Kerana diri ini tidak dapat menahan pesona persismu dan hati ini hanya mampu menyimpan perasaan dan sanggup berdiam seribu bahasa daripada meluahkannya kepadamu.

A,

Namamu sering menjadi bual bicaraku bersama Tuhanku. Nama yang senantiasa dibaca dalam doaku, agar sentiasa diberi pelindung dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Hanya Allah yang tahu bagaimana berombak hati ini jika perihal dirimu dapatku tahu.

Wahai A,

Kerana kecantikanmu, agamamu, kasih-sayang pada keluarga dan sahabatmu, imanmu terhadap Tuhanmu dan Rasul-Nya, saya tertarik kepada diri anda yg seindah bidadari terindah bak mawar berduri. Kerana kemuliaanmu, aku menjadi kecut, gentar, takut untuk menyampaikan hasratku kepadamu. Aku hanyalah insan biasa, hina dan kedana. Tidak layak untuk memiliki dirimu yang seperti intan permata di dalam bekas kaca. Aku hanyalah seperti pengemis jalanan yang melihat ke dalam bekas kaca itu.

A,

Sementara ini, aku dapat doakan yang terbaik buat dirimu dan kerabatmu. Semoga perasaan ini dapat menjadi penyunting semangat untuk lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Aku juga doakan agar dikau berjaya dunia dan akhirat serta menjadi insan, umat, hamba, ibu dan isteri yang dirahmati Allah. Semoga kita dapat bertemu di lain waktu. Insya-Allah. Illaliqa'. Wassalam.

Sin Cera,
SH,
10/03/14,
South Bay, Scarborough,
North Yorkshire, England.



"One of the greatest test of faith is when things didn't turn out the way you wished for, but you still believe in His plan and say alhamdulillah."

P/s: Harap kepada sesiapa yang namanya bermula daripada A, seperti Athirah, Aqilah dan sebagainya, atau Aiman, Amirul mohon jangan terpanggil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...