Tuesday, July 8, 2014

Assalamualaikum, dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang,
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, dan selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Gaza diserang lagi. Berita yang cukup sedih di bulan ramadhan ini.
Nyawa demi nyawa terkorban. Dek bedilan bom peluru serangan Israel.
Sangat sedih melihat mayat2 palestinian yang jatuh gugur tidak kira kecil ataupun dewasa.
Yang cukup menyedihkan, perhatian kita dialihkan dengan perlawanan bola.
Tak terkecuali aku juga, alpa dengan pergolakan yang berlaku.

Sayu hati ini pabila terbaca berita demi berita. Perihal pengorbanan rakyat yang tidak berdosa.
Apakah mereka yang menggugurkan serangan itu tiada sifat perikemanusian. 
Menyerang mereka yang tidak dapat membalas, menyiat2 mereka seperti binatang.
Bukan itu saja, kanak2 ditangkap dan dipukul tanpa sebab.
Akhirnya sama ada mati diseksa atau dicampak ke dalam penjara.

Allahu,

Aku keliru, aku menangis, siapa yang mahu membela nasib mereka ini?
Dimanakah pemimpin2 negara Islam, yang mengelilingi dua negara kecil ini?
Diam, diam seribu bahasa, adakah kerana alasan ramadhan?
Aku buntu, apakah yang mahu kujawab di hadapan Yang Maha Kuasa?
Adakah hanya menaip di papan komputer dengan kipas dingin di dalam bilik dengan selesa?

Aku doakan semoga pejuang2 di sana beroleh kemenangan yang dicari.
Aku doakan semoga yang terkorban itu ditempatkan di syurga harum para mujahid.
Aku yakin Allah itu Maha Mengetahui, tahu apa yang tidak aku tahu.
Aku yakin Allah itu bersamamu, bersama kemenangan yang dijanjikan.
Aku sentiasa bersamamu Palestin.

Teruskan perjuanganmu.

#Pray4Gaza #Pray4Palestine

Illaliqa'. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...