Monday, July 15, 2013

Ramadhan Throwback.

Assalamualaikum, dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, dan Salawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


The month of Ramadhan is the month in which Quran was revealed: a guide for people, the most authoritative of all guidance and a criteria to discern right from wrong. (2:185)


Aku masih ingat, terawikh ku di alor setar. Hari minggu, 8 rakaat sudah siap dilaksanakan. Di surau yang kecil itu. Pertama kali solat di situ. Aku menantikan solat witir daripada imam. Atau mereka yang mahu berundur daripada barisan solat 20 rakaat.


Mata aku berat. Aku mahu pulang ke kamar.


Tiada siapa berganjak daripada saf. Semua sedia berbaris untuk lagi 12 rakaat. Aku terkesima, betapa pak cik cecahan umur lebih separuh abad, tegar seperti tiada apa2, tetap dalam saf. Aku lihat beberapa orang budak2, lingkungan 5-7 tahun, juga meneruskan perjuangan 20 rakaat.


Mereka tegas berdiri seperti askar yang siap sedia berjuang. Tiada apa yang bakal merobohkan niat untuk beribadah malam itu. Nanges. Malu.


Aku malu. Kerna aku yang usia muda, terhuyung-hayang meneruskan ibadah. Lagi sikit jatuh tertidur. Diikutkan badan, mahu saja cabut, tetapi aku gagahkan jua. Tak mahu kalah kepada adik2 tadika. Sangat malu kepada Sang Pencipta.


Peristiwa ini berulang 2 malam.


Begitulah pengalaman terawikh ku di Alor Setar. Alhamdulillah. :)




Semoga kita mendapat baraqah dalam ramadhan kali ini. Ceyy.. :D



Illaliqa. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...